01 October 2009

Assalamualikum..
Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua pensyarah dan rakan-rakan yang banyak membantu saya semasa proses menyiapkan tugasan ini.

REFLEKSI METAKOGNITIF JURNAL

Pada awalnya saya cuba memahami arahan dan panduan yang telah diberikan untuk memudahkan saya melakukan tugasan ini.

L. Pilih satu artikeljurnal tentang pengajaran Kemahiran Berfikir. Jurnal hendaklah yang terbaru
    penerbitan Tahun 2000 ke atas (terkini 2OO7/2OO8l. Artikeljurnal boleh didapatisecara online
    atau pun yang diterbitkan . Pastikan anda cetak/fotokopi artikel yang dipilih sebagai bukti dan
    sertakan bersama tugasan .
2. Baca dan fahami artikel dan tuliskan ringkasan (1 muka surat)
3. Tuliskan refleksi meta kognisi tentang tugasan sejak dari mula sehingga selesai.
4. Gariskan langkah-langkah menyelesaikan tugasan. Contoh:
    FASA 1(permulaan)


Langkah 1: tugasan yang diberi (masalah)jelaskan apa yang perlu dilakukan bagi menyelesaikan
masalah-bincang dengan rakan, mula berfikir (think aloud), dan think-pairtechnique, dan lainlain.
Langkah 2: apa yang dibuat. Mengapa? Mula mencari artikel, dimana? Bagaimana?
Langkah 3: apa dibuat seterusnya. Mengapa? Pilih artikel yang sesuai. Mangapa pilih?bagaimana
pilih?


FASA 2 (tugas utama/main task)
Langkah 1; mula baca artikel. Bagaimana baca artikel?mengapa?
Langkah 2: apa yang dibuat/dilakukan ketika membaca dan memahami kandungan artikel.
Mengapa?
Langkah 4; apa penyusunan grafik yang digunakan? Mengapa? Jenis-jenis teknik berfikir yang
digunakan deBono? Bloom taxonomy? Buzan mind mapping?


FASA 3: (menulis ringkasan artikel)
Langkah 1: apa yang dilakukan? Mengapa?
Langkah 2: menyelesaikan tugasan, bagaimana? Mengapa?


FASA 4: Penutup
Langkah 1: merefleksi proses berfikir yang telah dilalui
Langkah 2: beri pendapat/pandangan anda tentang proses berfikir yang dilalui.


Kemudian saya mengeluarkan satu persatu isi-isi penting dalam sehelai kertas dan melakar bentuk peta minda bagi memudahkan saya memulakan langkah pencarian maklumat. Setelah memahami dengan jelas saya mencari kata kunci yang sesuai bagi memudahkan pencarian di rangkaian internet. Kemudian saya melayari laman web UKM dan menjelajah ke pautan perpustakaan Tun Sri Lanang. Seterusnya saya mula mencari di setiap pangkalan data jurnal. Pelbagai artikel jurnal muncul di paparan skrin sama ada jurnal berbentuk konseptual atau kajian. Setelah itu, saya menganalisis dan membuat penilaian pada setiap jurnal agar pemilihan memenuhi kehendak soalan. setelah berpuas hati, akhirnya saya memuat turun jurnal tersebut bersama-sama dengan tajuk artikel jurnal, nama jurnal, volume jurnal agar memenuhi kehendak soalan.

06 September 2009